01/04/2026
🌟 PROJEK RINTIS “GATEKEEPER HEBAT, ANAK SIHAT”
📍 Hadhanah Child Care Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Hadhanah Child Care Centre di bawah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Projek Rintis Behavioural Insights di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Projek ini merupakan inisiatif kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pusat Islam USM, Pusat Sejahtera USM dan pihak Hadhanah Child Care Centre dalam usaha memperkukuh pencegahan penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) serta penyakit berjangkit lain di institusi pendidikan awal kanak-kanak.
Pendekatan yang digunakan adalah melalui Behavioural Insights (sains tingkah laku) bagi membentuk amalan kesihatan yang lebih berkesan, konsisten dan berimpak tinggi dalam kalangan warga taska.
🎯 Objektif Projek:
1️⃣ Meningkatkan keupayaan guru mengecam gejala HFMD dengan pantas dan tepat melalui sokongan amaran visual.
2️⃣ Mewujudkan persekitaran yang lebih peka dan responsif terhadap amalan pencegahan penyakit berjangkit.
3️⃣ Mengurangkan risiko penularan kes serta kejadian wabak HFMD melalui pembudayaan saringan pintu masuk (gatekeeping) yang berstruktur dan konsisten.
📌 Projek ini akan mula dilaksanakan pada 6 April 2026 dan melibatkan penyertaan aktif penyelia, guru serta pengasuh dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk kanak-kanak.
📢 Taklimat Pelaksanaan & Penyerahan Instrumen Projek
🗓 Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Hadhanah Child Care Centre, USM
Semoga pelaksanaan projek ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di institusi pendidikan awal.