SK FELDA SG. KELAH

SK FELDA SG. KELAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK FELDA SG. KELAH, SK Felda Sg Kelah, Sungkai.

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULAN MEI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KOKURIKULUM ๐Ÿซ๐Ÿ…TARIKH / HARI:13 Mei 2026 / RabuMASA:2.30 petangTE...
13/05/2026

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULAN MEI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KOKURIKULUM ๐Ÿซ๐Ÿ…

TARIKH / HARI:
13 Mei 2026 / Rabu
MASA:
2.30 petang
TEMPAT:
Dewan Al-Ghazali SKFSK
UNIT BERTUGAS:
Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit pengelola, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), atas kelancaran dan kejayaan menguruskan Perhimpunan Kokurikulum Bulan Mei.

Tahniah juga kepada murid-murid yang telah menerima sijil dan penghargaan atas pencapaian serta penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus aktif, berdisiplin dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada guru-guru yang sentiasa komited dalam membimbing, melatih dan memberi sokongan kepada murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan kerjasama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Semoga segala usaha dan pencapaian yang diperoleh akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ”ฅ


LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DAN ZIARAH CAKNA KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TISONG ๐Ÿค๐ŸกTARIKH / HARI: 11 Mei 2026 / Is...
13/05/2026

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DAN ZIARAH CAKNA KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TISONG ๐Ÿค๐Ÿก

TARIKH / HARI:
11 Mei 2026 / Isnin
TEMPAT:
Kampung Tisong, Sungai Kelah
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH:
Detektif Sarjan Nazril Erzad

Program lawatan dan Ziarah Cakna ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, Pegawai Perhubungan Sekolah serta komuniti setempat di Perkampungan Orang Asli Tisong.

Melalui program ini, pihak sekolah dapat menyantuni murid-murid dan keluarga di samping memahami keadaan serta keperluan mereka dengan lebih dekat. Diharapkan melalui Ziarah Cakna ini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah, meningkatkan motivasi dalam pembelajaran serta menanam kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

Semoga usaha ini juga dapat membantu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah secara lebih konsisten serta mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi kebajikan serta kesejahteraan murid-murid.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH ๐ŸŽ‰๐Ÿ“šTARIKH/ HARI: 11 Mei 2026 / IsninMASA: 7.45 pagiTEMPAT: Dewan Al-Ghazali, SK...
13/05/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH ๐ŸŽ‰๐Ÿ“š

TARIKH/ HARI:
11 Mei 2026 / Isnin
MASA:
7.45 pagi
TEMPAT:
Dewan Al-Ghazali, SKFSK

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya menerima Hadiah Kehadiran Penuh atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan dalam memastikan kehadiran ke sekolah sentiasa cemerlang.

Kehadiran yang konsisten bukan sahaja membantu murid mengikuti pembelajaran dengan lebih baik, malah membentuk sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan bersemangat untuk menuntut ilmu.

Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid lain untuk terus meningkatkan kehadiran ke sekolah serta mencontohi sikap positif yang ditunjukkan oleh penerima anugerah.

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada murid-murid dalam memastikan kehadiran mereka ke sekolah sentiasa memberangsangkan.


PERTANDINGAN CILIK ROBIK PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG ๐Ÿ•บ๐Ÿ’ƒTARIKH/ HARI: 9 Mei 2026 / SabtuMASA: 8.00 pagiTEMP...
13/05/2026

PERTANDINGAN CILIK ROBIK PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG ๐Ÿ•บ๐Ÿ’ƒ

TARIKH/ HARI:
9 Mei 2026 / Sabtu
MASA:
8.00 pagi
TEMPAT:
SK Pendita Zaโ€™ba, Tapah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Little Boom Boom Squad atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih ๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga dalam Pertandingan Cilik Robik Prasekolah Peringkat Daerah Batang Padang. Semangat kerjasama, usaha yang bersungguh-sungguh dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing murid-murid sehingga berjaya mencapai kejayaan ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan kerjasama dalam memastikan anak-anak dapat memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha, mencuba perkara baharu dan melakar lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi kepada Little Boom Boom Squad! ๐ŸŒŸ


BERSAMA MENANGANI KEMALANGAN DI SEKOLAH ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿค๐Ÿ“ŒPihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid sepanjan...
12/05/2026

BERSAMA MENANGANI KEMALANGAN DI SEKOLAH ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿค

๐Ÿ“ŒPihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid sepanjang berada di kawasan sekolah.

๐Ÿ“ŒSehubungan itu, kerjasama daripada semua ibu bapa amatlah dihargai bagi memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Mohon jasa baik ibu bapa untuk:
๐Ÿ“ Memastikan anak hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.
๐Ÿ“ Mengingatkan anak supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga keselamatan diri.
๐Ÿ“ Memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak tidak hadir atau pulang bersama individu lain.
๐Ÿ“ Tidak memberhentikan kenderaan di kawasan larangan demi keselamatan murid.

๐Ÿ“Œ Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Semoga dengan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa, persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni dapat terus diwujudkan.


TATACARA PEMAKAIAN MURID SK FELDA SUNGAI KELAH
12/05/2026

TATACARA PEMAKAIAN MURID SK FELDA SUNGAI KELAH


BENGKEL PENATARAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENJENAMAAN SEMULA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SK FELDA SUNGAI KELAH ๐Ÿ“˜โœจTARIKH/ H...
12/05/2026

BENGKEL PENATARAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENJENAMAAN SEMULA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SK FELDA SUNGAI KELAH ๐Ÿ“˜โœจ

TARIKH/ HARI:
7 Mei 2026
MASA:
2.00 petang
TEMPAT:
Bilik Gerakan SKFSK
DISAMPAIKAN OLEH:
Puan Zurainah binti Lokman,
Guru Besar SKFSK

Program ini dilaksanakan bagi memberikan penerangan serta pemahaman penjaminan mutu yang lebih jelas berkaitan penambahbaikan dan penjenamaan semula Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada seluruh warga pendidik SK Felda Sungai Kelah.

Diharapkan perkongsian dan pembengkelan ini dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan pentaksiran secara lebih sistematik, efektif dan selaras dengan keperluan pendidikan semasa demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada para guru atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.


BENGKEL PEMANTAPAN PENULISAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) SK FELDA SUNGAI KELAH ๐Ÿ“šโœ๏ธTARIKH...
12/05/2026

BENGKEL PEMANTAPAN PENULISAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) SK FELDA SUNGAI KELAH ๐Ÿ“šโœ๏ธ

TARIKH/ HARI:
5 Mei 2026
MASA:
2.00 petang
TEMPAT:
Bilik Gerakan SKFSK
DISAMPAIKAN OLEH:
En. Mohd Hadafi bin Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran

Bengkel ini diadakan bagi memberikan pencerahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada semua PYD (Pegawai Yang Dinilai) berkaitan penulisan dan pelaksanaan PBPPP secara lebih sistematik dan berkesan serta mengetahui hak- hak PP (Pegawai Penilai) dan PYD.

Diharapkan agar perkongsian yang disampaikan dapat membantu semua warga pendidik untuk bersama-sama meningkatkan kualiti kerja, profesionalisme serta kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel berlangsung.


ACARA JEMPUTAN 4X100M KEJOHANAN SUKAN SK SUNGKAI  ๐Ÿƒ๐Ÿผ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™€๏ธTARIKH / HARI:30 April 2026 / Khamis MASA:8.00 a.m.TEMPAT:Padan...
30/04/2026

ACARA JEMPUTAN 4X100M KEJOHANAN SUKAN SK SUNGKAI ๐Ÿƒ๐Ÿผ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ

TARIKH / HARI:
30 April 2026 / Khamis
MASA:
8.00 a.m.
TEMPAT:
Padang Awam, Sungkai
ANJURAN:
SK Sungkai

Terima kasih kepada SK Sungkai atas peluang yang diberikan kepada murid-murid SK Felda Sungai Kelah untuk menyertai acara jemputan 4x100 meter dalam Kejohanan Sukan Tahun 2026.

Penyertaan ini telah memberikan pengalaman yang amat berharga serta membuka ruang kepada murid-murid untuk menimba pengalaman, memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara sekolah. Semoga peluang dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan sahsiah dan kecemerlangan murid ๐Ÿค๐Ÿ”ฅ


๐Ÿ“ข HEBAHAN CUTI SEMPENA HARI PEKERJA (1 MEI 2026)๐Ÿ“ขAssalamuโ€™alaikum dan Salam Sejahtera,Ibu bapa/Penjaga murid SK Felda Su...
30/04/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN CUTI SEMPENA HARI PEKERJA (1 MEI 2026)๐Ÿ“ข

Assalamuโ€™alaikum dan Salam Sejahtera,
Ibu bapa/Penjaga murid SK Felda Sungai Kelah.

Makluman cuti sempena Hari Pekerja.
Berikut adalah butiran penting:
๐Ÿ—“๏ธ Cuti Hari Pekerja:
1 MEI 2026 (JUMAAT)
๐Ÿ—“๏ธ Sesi Persekolahan Bermula Semula:
4 MEI 2026 (ISNIN)

Semoga semua murid dan ibu bapa dapat berehat dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga pada cuti hujung minggu yang panjang ini.

Selamat Menyambut Hari Pekerja!


PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK KERIS EMAS TARIKH/ HARI:24 - 26 April 2026/ Jumaat hingga AhadMASA:8.00 a.m.TEMPAT:SK P...
29/04/2026

PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK KERIS EMAS

TARIKH/ HARI:
24 - 26 April 2026/ Jumaat hingga Ahad
MASA:
8.00 a.m.
TEMPAT:
SK Pendita Za'ba, Tapah

Tahniah dan syabas kepada semua ahli Pengakap Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak Keris Emas dengan penuh semangat dan komitmen. Kejayaan memperoleh Sijil Keris Emas merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil usaha dan ketekunan anda semua.

Senarai nama murid yang terlibat:
1. Ahmad Adha Nazhan bin Osman
2. Dhani Qayyum bin Mohd Shaharul Halim
3. Mohamad Danial Adli bin Mohamad Fahmi
4. Muhammad Aqil Hadif bin Mohd Azhar
5. Muhammad A***n Faiq bin Fariz Azhan
6. Muhammad Firas Rizqi bin Muhamad Fadzli
7. Muhammad Nazrul Amiruddin bin Mohd Nasri
8. Nor Qisya Humairah binti Shahafrul
9. Nur Damia Humaira binti Bahrin
10. Nur Husna Sofya binti Mohd Shahriazmi

Tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya meraih ๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama dalam Penghasilan Buku Log. Satu pencapaian yang amat membanggakan!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru pengakap atas bimbingan, tunjuk ajar dan pengorbanan sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah serta membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri yang cemerlang dalam kalangan murid ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช๐Ÿผ


Address

SK Felda Sg Kelah
Sungkai
35600

Website

https://www.tiktok.com/@skfskstories?_r=1&_t=ZS-94U6tjPyCs1, https://www.tiktok.com/@skf

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK FELDA SG. KELAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to SK FELDA SG. KELAH:

Share