11/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐) โ๏ธโกโจ
TANGKAK, 8 & 9 Jun 2026 - Program bakat Kursus Solar PV telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 8 & 9 Jun 2026
๐ฅ Peserta: 15 orang
๐ Tempat: Kolej Komuniti Ledang
๐จ๐ปโ๐ซ Penceramah:
โข Ts. Zarulrizam Bin Ab. Jalil
โข Ts. Azizi Bin Mohd Zin
๐จ๐ปโ๐ผ Penyelaras:
โข En. Ayubkhan Bin Abdul Kadir
โข En. Sharul Hafiz Bin Mohd Imran
โข En. Khairul Anwar Bin Johari
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai Sistem Solar Photovoltaic (Solar PV) yang merupakan salah satu teknologi tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam industri masa kini. Kursus ini memberi fokus kepada pemahaman asas sistem Solar PV serta kemahiran pemasangan dan pengendalian sistem secara teori dan amali.
Antara pengisian kursus yang dijalankan adalah:
โ๏ธ Pengenalan kepada Teknologi Solar PV
โ๏ธ Pengenalan Komponen Sistem Solar PV
โ๏ธ Asas Rekabentuk dan Pengiraan Sistem Solar PV
โ๏ธ Keselamatan dalam Pemasangan dan Penyelenggaraan Solar PV
โ๏ธ Pendawaian dan Sambungan Sistem Solar PV
โ๏ธ Amali Pemasangan Komponen Solar PV
โ๏ธ Amali Pengujian dan Troubleshooting Sistem Solar PV
Sepanjang kursus, peserta berpeluang mengikuti sesi teori dan amali secara hands-on bagi memahami konsep tenaga solar serta mengendalikan komponen Solar PV secara langsung. Kaedah pembelajaran ini membantu peserta meningkatkan kefahaman dan kemahiran teknikal berkaitan pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan sistem Solar PV dengan lebih berkesan.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang tenaga hijau serta membuka peluang kerjaya dan keusahawanan dalam industri tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi dan agenda kelestarian negara. ๐โ๏ธโก๐