06/06/2026
6 Jun 2026| Kursus MCSA Penyelenggaraan Unit Penyaman Udara Domestik di bawah Program Pembangunan Kemahiran PSH Komuniti TVET Tahfiz @ Kolej Komuniti.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan penglibatan 20 orang pelajar daripada Madrasah Tahfiz Ar Rahim dan Tahfiz Nur Tareem Litahfizil Quran.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam penyelenggaraan unit penyaman udara domestik, di samping meningkatkan pengetahuan teknikal peserta berkaitan aspek pemeriksaan, penyelenggaraan berkala, pengesanan kerosakan asas serta amalan kerja yang selamat. Kursus ini juga menyokong usaha memperkasakan kemahiran TVET dalam kalangan pelajar tahfiz sebagai nilai tambah kepada pembangunan diri dan kebolehpasaran mereka pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Muhd Fitri bin Sahidin daripada NZ Buluh Hijau Enterprise atas perkongsian ilmu, bimbingan dan komitmen sepanjang kursus berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berdaya saing.