20/04/2024
MAKLUMAN BERKENAAN SEMINAR TIPS MENDUDUKI UJIAN MEDSI DAN TEMU DUGA (SECARA DALAM TALIAN)
Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian MedSI atau Ujian Malaysian Educators Selection Inventory adalah salah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM,STAM, Diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ujian MedSI ini bertujuan untuk menilai kualiti intrinsik calon guru dari aspek personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi.
Sehubungan itu, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Seminar Tips Menduduki Ujian MEdSI dan Temu Duga (secara dalam talian) pada 25 April 2024. Oleh yang demikian, calon lepasan STPM, STAM dan DIPLOMA adalah digalakkan untuk menyertai seminar ini.