Tvetmara Seberang Perai Utara

Tvetmara Seberang Perai Utara Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri), Diploma Teknologi Kejuruteraan (Kuasa).
(1)

Diploma Kompetensi Elektrik - Pengagihan & Penjanaan

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI TVET NEGARA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga TVETMARA! πŸŒŸπŸ“’ ...
05/06/2026

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI TVET NEGARA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga TVETMARA! 🌟

πŸ“’ TVETMARA Seberang Perai Utara kini telah mula MENJUAL KITS WINFAR RENEWABLE ENERGY hasil inovasi dan kepakaran warga TVETMARA sendiri.

Jom sama-sama kita menyokong produk keluaran TVETMARA dan memperkasakan budaya inovasi serta keusahawanan dalam kalangan institusi TVET. πŸ’‘βš‘πŸŒ±

🀝 Kami amat mengalu-alukan sokongan daripada seluruh TVETMARA di Malaysia untuk mendapatkan produk ini dan bersama-sama mengangkat jenama TVETMARA ke tahap yang lebih tinggi.

πŸ“ Temui kami di:
Pameran Hari TVET Negara 2026
Hub 1, Sektor 3, Putrajaya

Datanglah berkunjung ke reruai kami untuk melihat sendiri keunikan dan potensi Kits WINFAR Renewable Energy.

"TVET Pemacu Masa Depan, Inovasi Pencetus Kelestarian"

Barakallah dan terima kasih atas sokongan semua. ❀️

⚑️ PROGRAM ELEKTRIK SEPARUH MASA 2026⚑️πŸ”₯ AMBILAN JULAI 2026 KINI DIBUKA!πŸ”₯⚑ Pengalaman Dah Ada, Sijil Dah Upgrade Belum?J...
04/06/2026

⚑️ PROGRAM ELEKTRIK SEPARUH MASA 2026⚑️
πŸ”₯ AMBILAN JULAI 2026 KINI DIBUKA!πŸ”₯

⚑ Pengalaman Dah Ada, Sijil Dah Upgrade Belum?
Jangan biarkan pengalaman kerja anda sekadar pengalaman. Jadikan ia satu kelebihan dengan meningkatkan tahap kompetensi melalui Program Separuh Masa TVETMARA Seberang Perai Utara.

πŸŽ“ Program Ditawarkan:
βœ… Penjaga Jentera A0
βœ… Penjaga Jentera A1
βœ… Penjaga Jentera A4
βœ… Pendawai Elektrik PW4

πŸ’‘ Sesuai untuk pekerja industri elektrik yang ingin:
βœ” Meningkatkan kompetensi
βœ” Menambah peluang kenaikan pangkat
βœ” Memperkukuhkan prospek kerjaya
βœ” Mendapat pengiktirafan dalam industri

πŸ’° HRD Corp Claimable
πŸ“… Ambilan Julai 2026
🚨 Tempat Terhad

Masa depan kerjaya yang lebih baik bermula dengan tindakan hari ini.

πŸ“Œ Syarat Asas:
β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Umur 20 tahun ke atas
β€’ Tamat Tingkatan 5
β€’ Boleh membaca & menulis Bahasa Melayu

πŸ“² Daftar sekarang:
πŸ‘‰ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSexQHfab88czKQfnM_CVrpJiUxPv7gP3bSdpcsUjTKQb7SJaA/viewform

πŸ“ž Hubungi kami:
πŸ“± 04-5732136 TVETMARA SPU
DAN HUBUNGΔ° PEGAWAI YANG DILANTIK UNTUK KETERANGAN LEBΔ°H LANJUT

⚑️ Kemahiran anda, kekuatan negara!





πŸ”§βš‘ SELAMAT MENYAMBUT HARI TVET NEGARA 2026βš‘πŸ”§TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi pilihan utama kerjaya yang melahirkan ...
02/06/2026

πŸ”§βš‘ SELAMAT MENYAMBUT HARI TVET NEGARA 2026βš‘πŸ”§

TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi pilihan utama kerjaya yang melahirkan tenaga mahir, profesional teknikal dan pemimpin industri masa hadapan.

Bersempena Hari TVET Negara 2026, TVETMARA Seberang Perai Utara komited untuk terus memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri negara.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik, tenaga pengajar, industri, alumni serta pelajar yang menjadi tulang belakang kejayaan ekosistem TVET di Malaysia.

πŸ’‘ Kemahiran Hari Ini, Pemacu Ekonomi Masa Depan.

Selamat Menyambut Hari TVET Negara 2026!

TVET Pilihan Utama Kerjaya








πŸŽ‰ Setinggi-tinggi Tahniah πŸŽ‰Kepada YBhg. Datuk Zulkifri Bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran ...
01/06/2026

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi Tahniah πŸŽ‰

Kepada YBhg. Datuk Zulkifri Bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Semoga terus cemerlang memimpin MARA ke arah kecemerlangan dan pembangunan ummah.

Ikhlas daripada
Warga TVETMARA Seberang Perai Utara





DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Seluruh warga TVETMARA Seberang Perai Utara dengan penuh rasa hormat dan takzim merafakkan sembah ucapan tahniah serta mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan yang berpanjangan.

Semoga negara Malaysia terus maju, aman dan makmur di bawah naungan Seri Paduka Baginda.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

πŸ“… 1 Jun 2026 | 15 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada,
Pengurusan, Warga Kerja dan Pelajar
TVETMARA Seberang Perai Utara





29/05/2026

"Berkorban bukan sekadar memberi, tetapi mendidik hati untuk lebih bersyukur, berkongsi dan menginsafi." πŸ€²πŸ»πŸ„πŸŒ™

SELAMAT HARΔ° RAYA AΔ°DΔ°LADHA
darΔ± Warga TVETMARA SEBERANG PERAI UTARA

πŸŒ™πŸ„ SALAM AIDILADHA Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini b...
29/05/2026

πŸŒ™πŸ„ SALAM AIDILADHA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini bersama warga komuniti dan para sukarelawan yang sentiasa komited menghulurkan khidmat.

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan dan pengagihan daging, tetapi lambang ketaatan, keikhlasan dan semangat pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada sebagai peserta korban, petugas, penyumbang mahupun penerima. Semoga setiap tenaga yang dicurahkan dan setiap rezeki yang dikongsi menjadi amal soleh yang diterima di sisi-Nya.

✨ Semoga ibadah korban kita diterima, dilimpahi keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

IKLAN SEBUTHARGACADANGAN PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN DI TVETMARA SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PIN...
28/05/2026

IKLAN SEBUTHARGA

CADANGAN PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN DI TVETMARA SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

No. Sebut Harga - 375/2026/0001
Tarikh Jualan Dokumen - 10 Jun 2026 hingga 18 Jun 2026
Tarikh Lawatan Tapak - 19 Jun 2026 (10.30 pagi)
Harga - RM5 (MARAEPS)
Tarikh Tutup - 26 Jun 2026

Pembekal DIWAJIBKAN membuat pendaftaran syarikat melalui laman web www.sennego.com dan mempunyai pasaran MARA sebelum menyertai tawaran ini.

β“ˆβ’½β’Άβ“‡β’Ί - β“ˆβ’½β’Άβ“‡β’Ί



πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILADHA 1446H βœ¨πŸŒ™Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, seluruh warga TVETMARA Seberang Perai Utara ingin me...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILADHA 1446H βœ¨πŸŒ™

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, seluruh warga TVETMARA Seberang Perai Utara ingin mengucapkan:

πŸ„πŸŒΈ Selamat Hari Raya Aidiladha 🌸🐐

Semoga pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan menjadi asbab keberkatan hidup, menguatkan ukhuwah sesama insan serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. 🀍

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga tentang nilai kasih sayang, keikhlasan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian. Semoga setiap langkah kita sentiasa dipenuhi rahmat dan kebaikan. ✨

> β€œMaka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korban).”
> β€” Surah Al-Kauthar (108:2)

Ikhlas daripada,
Ir Ts Rahim bin Selamat
Pengarah
TVETMARA Seberang Perai Utara






Address

Tasek Gelugor
14400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045732136

Website

https://www.tvetmara.edu.my/index.php/ikm-spu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tvetmara Seberang Perai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Tvetmara Seberang Perai Utara:

Share