01/09/2026
𝟎𝟏 SEPTEMBER 𝟐𝟎𝟐𝟔 | SELASA
❣️𝑷𝒆𝒓𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕❣️
Apabila guruh berbunyi, terus hentikan aktiviti.
Antara perkara yang perlu dielakkan:
❌ Terus bermain di kawasan lapang
Padang bola, gelanggang, sawah, pantai dan tempat letak kereta terbuka bukan tempat selamat ketika ribut petir.
❌ Berteduh di bawah pokok
Pokok yang tinggi atau terpencil boleh disambar. Arus elektrik juga boleh merebak melalui batang, akar dan permukaan tanah.
❌ Berdekatan dengan air
Keluar segera dari kolam, sungai, tasik atau laut. Hentikan aktiviti memancing dan menaiki bot.
❌ Berlindung di pondok terbuka atau khemah
Tempat yang hanya berbumbung tetapi tidak bertutup sepenuhnya tidak memberikan perlindungan mencukupi.
❌ Berada dekat objek tinggi dan bahan pengalir elektrik
Jauhi tiang elektrik, menara, pagar besi dan talian kuasa. Logam tidak semestinya “menarik” petir, tetapi ia boleh mengalirkan arus elektrik.
❌ Menunggang motosikal atau basikal
Motosikal dan basikal bukan tempat perlindungan. Cari bangunan bertutup sepenuhnya atau masuk ke dalam kereta berbumbung keras dengan tingkap ditutup.
Ketika berada di dalam rumah p**a:
- Elakkan mandi atau menyentuh paip.
- Jangan gunakan telefon berwayar.
- Elakkan menyentuh peralatan elektrik yang bersambung pada soket.
- Jauhi pintu, tingkap, beranda serta dinding atau lantai konkrit.
Jangan terus keluar hanya kerana hujan sudah berhenti.
Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas bunyi guruh terakhir sebelum menyambung aktiviti di luar.
Jika masih boleh mendengar guruh, anda masih belum benar-benar selamat.
Sekiranya seseorang disambar petir, jangan takut untuk membantunya. Tubuh mangsa tidak menyimpan cas elektrik dan selamat disentuh.
Segera hubungi 999. Jika mangsa tidak bernafas, lakukan CPR dan gunakan AED jika tersedia.
Kadang-kadang, pantang larang orang lama bukan sekadar cerita untuk menakutkan anak-anak.
Ada yang lahir daripada pemerhatian, pengalaman dan kasih sayang.
Sebab itu apabila mereka berkata.
“Bila hujan dan guruh, berhenti main dan terus balik,”
dengarlah.
Baju yang basah boleh ditukar.
Permainan boleh disambung kemudian.
Tetapi nyawa yang hilang tidak boleh diganti.
Bila dengar guruh, jangan tunggu petir menyambar. Terus masuk dan berlindung.
Sumber : Oh Ya