29/10/2026
🚨 LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN FPEP UMS 2026 🚨
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan pada 28 Oktober 2026, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FPEP.
Latihan ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd Karim, Dekan FPEP, sebagai tanda komitmen fakulti dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta meningkatkan kesiapsiagaan warga fakulti menghadapi situasi kecemasan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), COSH UMS dan BKUMS atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan latihan ini.
Semoga latihan ini dapat meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kesiapsiagaan seluruh warga FPEP dalam memastikan tindakan pengungsian bangunan dilaksanakan dengan teratur, pantas dan selamat.
Keselamatan Tanggungjawab Bersama! 🦺🚨