Perpustakaan UMS KAL

Call Directions Website Contact the university

Perpustakaan UMS KAL Perpustakaan UMS
Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 W.P Labuan

📢 **PROMOSI PERKHIDMATAN CETAKAN DI PERPUSTAKAAN UMSKAL!** 🖨️Berita baik untuk semua pelajar UMSKAL! 🎉Kini anda boleh me...
29/10/2026

📢 **PROMOSI PERKHIDMATAN CETAKAN DI PERPUSTAKAAN UMSKAL!** 🖨️

Berita baik untuk semua pelajar UMSKAL! 🎉

Kini anda boleh mencetak dokumen dengan mudah dan cepat menggunakan perkhidmatan **POTG PRINTER – Print On The Go** di Perpustakaan UMSKAL.

📄 Cetak dokumen PDF, Word dan imej dengan mudah!
📍 Lokasi: Perpustakaan UMSKAL, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
🗓️ Hari: Isnin – Jumaat
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

**Print your documents easily!**
Jom manfaatkan kemudahan ini untuk urusan pembelajaran anda.





📚 PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL) DIBUKA! 📚Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.📢 P...
27/10/2026

📚 PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL) DIBUKA! 📚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

📢 PERHATIAN KEPADA SELURUH WARGA UMSKAL!

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kini DIBUKA kepada:

✅ Pelajar UMS
✅ Kakitangan Akademik UMS
✅ Kakitangan Pentadbiran UMS

🌟 PELBAGAI KEISTIMEWAAN MENANTI ANDA!

Sebagai ahli perpustakaan, anda berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, antaranya:

📖 Perkhidmatan peminjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan bacaan.

🔎 Khidmat rujukan serta akses kepada pangkalan data, e-Books dan e-Journals.

💻 Kemudahan ruang belajar yang kondusif, bilik perbincangan dan kelas literasi maklumat.

📚 Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dan Book Loan Service (Request, Collect and Go) tertakluk kepada terma dan syarat.

🏫 Kemudahan sokongan seperti Wi-Fi, mesin pencetak layan diri, soket berhampiran meja, penapis air dan surau.

📲 DAFTAR KEAHLIAN ANDA HARI INI!

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan pelbagai sumber ilmu, kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

👉 Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran keahlian.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

☎️ 087-503119
📧 [email protected]
🌐 library.ums.edu.my

Ayuh, manfaatkan kemudahan perpustakaan bagi menyokong kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat!

💙💛 DAFTAR HARI INI, MANFAAT SELAMANYA!

Perpustakaan Pintar, Komuniti Cemerlang.








📚 KELAS LITERASI MAKLUMAT MENDELEYPERPUSTAKAAN UMSKALW.P. Labuan, 23 Oktober 2026 (Jumaat) – Perpustakaan Universiti Mal...
23/10/2026

📚 KELAS LITERASI MAKLUMAT MENDELEY
PERPUSTAKAAN UMSKAL

W.P. Labuan, 23 Oktober 2026 (Jumaat) – Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan Kelas Literasi Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi Mendeley yang melibatkan penyertaan pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) bagi subjek Consumer Behavior di bawah bimbingan Dr. Emily Yapp Hon Tshin. Turut serta dalam kelas literasi Mendeley adalah pelajar pascasiswazah.

Kelas literasi maklumat ini telah disampaikan oleh Puan Rosnitah Gumpar, Ketua Bahagian Perpustakaan UMSKAL, yang memberikan penerangan dan bimbingan kepada para pelajar mengenai penggunaan Mendeley sebagai alat pengurusan rujukan dalam penulisan akademik.

Antara perkara yang diketengahkan dalam sesi ini termasuklah pengenalan kepada Mendeley, kaedah mengumpul dan mengurus bahan rujukan ilmiah, penggunaan fungsi sitasi dalam teks serta penyediaan senarai rujukan secara sistematik. Pendedahan ini bertujuan membantu pelajar memahami kepentingan pengurusan sumber maklumat yang betul dan memudahkan proses penyediaan tugasan akademik.

Melalui pelaksanaan kelas ini, para pelajar berpeluang meningkatkan kemahiran literasi maklumat, khususnya dalam mencari, mengurus dan memanfaatkan sumber rujukan ilmiah secara lebih teratur. Kemahiran ini amat penting bagi menyokong penghasilan penulisan akademik yang berkualiti, di samping menggalakkan amalan sitasi dan penghargaan terhadap sumber asal dalam penulisan.

Penganjuran kelas ini mencerminkan komitmen Perpustakaan UMSKAL dalam memperkasa kemahiran maklumat warga universiti serta menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan melalui penggunaan teknologi digital.

✨ Perpustakaan UMSKAL – Memperkasa Ilmu, Menyokong Kecemerlangan Akademik.







21/10/2026
📚📚 PERLUKAN BAHAN RUJUKAN YANG TIADA DALAM KOLEKSI PERPUSTAKAAN UMS?Jangan risau! Perpustakaan UMSKALmenyediakan Perkhid...
20/10/2026

📚📚 PERLUKAN BAHAN RUJUKAN YANG TIADA DALAM KOLEKSI PERPUSTAKAAN UMS?

Jangan risau! Perpustakaan UMSKALmenyediakan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diperlukan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

✨ Apakah perbezaan PAP dan PPD?

📖 Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
Kemudahan pinjaman bahan rujukan daripada perpustakaan lain bagi memenuhi keperluan maklumat anda.

📄 Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD)
Kemudahan mendapatkan artikel jurnal, bab buku dan dokumen akademik daripada sumber luar yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran serta penyelidikan.

📝 Bagaimana untuk memohon?
1️⃣ Isi borang permohonan melalui pautan yang disediakan.
2️⃣ Imbas kod QR pada poster atau klik pautan permohonan.
3️⃣ Tunggu maklum balas daripada pihak Perpustakaan UMS.

🔗 Borang Permohonan PAP/PPD:
https://forms.office.com/r/Yk5cN6B6vU

Manfaatkan kemudahan ini untuk meluaskan akses kepada sumber ilmu dan memudahkan pencarian maklumat anda.

📌 Perpustakaan UMSKAL sentiasa komited menyokong kecemerlangan akademik melalui akses kepada sumber rujukan yang lebih luas.

📚 KELAS LITERASI MAKLUMAT PERPUSTAKAAN UMSKAL, KENALI SCOPUSW.P. Labuan, 20 Oktober 2026 (Selasa) | Dewan Kuliah Pusat 3...
20/10/2026

📚 KELAS LITERASI MAKLUMAT PERPUSTAKAAN UMSKAL, KENALI SCOPUS
W.P. Labuan, 20 Oktober 2026 (Selasa) | Dewan Kuliah Pusat 3 - Perpustakaan UMSKAL telah mengadakan Kelas Literasi Maklumat bagi pelajar PPIB subjek Kelestarian Alam Sekitar kelas Puan Nurul Ain Zulhaimi. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang kemudahan akses laman web Perpustakaan serta penggunaan pangkalan data Scopus sebagai sumber rujukan akademik dan penyelidikan.

Sesi dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai cara mengakses laman web Perpustakaan UMSKAL yang disampaikan oleh Puan Aishah Adam, Pembantu Pustakawan. Penerangan ini memberikan panduan kepada peserta untuk mengenali dan mengakses laman web Perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan, kemudahan serta sumber rujukan yang disediakan.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pengenalan dan penerangan mengenai pangkalan data Scopus yang disampaikan oleh Puan Rosnitah Gumpar, Ketua Bahagian Perpustakaan. Peserta diberikan pendedahan tentang kepentingan Scopus sebagai pangkalan data abstrak dan sitasi yang membantu pengguna mencari artikel jurnal, mengenal pasti bahan ilmiah yang berkaitan serta mendapatkan sumber rujukan yang bersesuaian untuk tujuan pembelajaran, penulisan akademik dan penyelidikan.

Kelas ini turut disertai oleh Puan Tinyhanizam Kula dan Puan Rasidah Sawal, kakitangan Perpustakaan UMSKAL, yang bersama-sama menyokong pelaksanaan sesi tersebut.

Diharapkan melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran literasi maklumat, memanfaatkan kemudahan digital Perpustakaan dengan lebih berkesan serta menggunakan sumber maklumat akademik yang berkualiti bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan.

Perpustakaan UMSKAL – Memperkasa Ilmu, Menyokong Kecemerlangan Akademik.







19/10/2026
19/10/2026

PERINGATAN MESRA:
Kepada Bakal Graduan Majlis Konvokesyen UMS Kali ke-28 bagi Tahun 2026👨🏻‍🎓
Jangan lupa memulangkan buku dan membayar denda Perpustakaan.

🛑 Semakan MyUMS Library Account boleh dibuat melalui laman web perpustakaan https://www.ums.edu.my/library

🛑 Mudahkan cara pembayaran denda anda secara CASHLESS menggunakan aplikasi DuitNowQR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp Perpustakaan https://wa.me/6088320232 atau emelkan ke [email protected]

🥰Terima kasih!









Address

Perpustakaan UMS Kampus Antarabangsa Labuan Jalan Sungai Pagar W. P
Labuan
87000

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 08:00 - 04:30

Telephone

+6087503119

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan UMS KAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Perpustakaan UMS KAL:

Shortcuts

Share

Nearby universities