PTAR Cawangan Selangor

PTAR Cawangan Selangor Facebook Rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor.

Kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Kompleks Alam Bina, Sungai Buloh, Selayang, Teluk Intan & Dengkil

✨ PERTANDINGAN SENI KHAT ✨Ayuh serlahkan bakat anda dalam Seni Khat!Sempena Program Semarak Ilmu PTAR UCS 2026, Perpusta...
12/06/2026

✨ PERTANDINGAN SENI KHAT ✨

Ayuh serlahkan bakat anda dalam Seni Khat!

Sempena Program Semarak Ilmu PTAR UCS 2026, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kompleks Alam Bina & Seni Reka menjemput seluruh warga UiTM Cawangan Selangor untuk menyertai Pertandingan Seni Khat.

Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PTAR Kompleks Alam Bina & Seni Reka

Hadiah Menarik Menanti Pemenang

🥇 Johan: RM100
🥈 Naib Johan: RM70
🥉 Tempat Ketiga: RM50

Terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Selangor
✨ Kriteria Penilaian :

- Ketepatan huruf & kaedah penulisan
- ⁠Kekemasan & kejelasan
- ⁠Komposisi & susun atur
- ⁠Kreativiti & estetika
- ⁠Ketepatan ayat/ejaan
- ⁠Penggunaan Warna/Hiasan
- ⁠Keseluruhan Persembahan

** Peserta perlu menyediakan peralatan pertandingan khat masing-masing. Pihak penganjur hanya menyediakan kertas artpaper bersize A3 **

Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau klik

https://forms.gle/FCmhyrPJkFKCjHtJ9

Tarikh tutup pendaftaran: 16 Jun 2026 (Selasa)

🚀 JOM GEMPUR PROGRAM SEMARAK ILMU 2026 @ PTAR KABS! 🚀Perhatian kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor! 👋PTAR kini m...
12/06/2026

🚀 JOM GEMPUR PROGRAM SEMARAK ILMU 2026 @ PTAR KABS! 🚀

Perhatian kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor! 👋

PTAR kini membawakan sebuah lagi wacana intelektual berskala mega untuk anda. Ayuh menggembleng sinergi dan merancakkan lagi pembudayaan ekosistem keilmuan yang holistik menerusi Program Semarak Ilmu 2026 @ PTAR Kompleks Alam Bina & Seni Reka! 🌟

Catat butiran penting ini dalam kalendar anda:
📅 Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
📍 Tempat: PTAR Kompleks Alam Bina & Seni Reka (KABS)

Bukan sekadar pameran biasa, pelbagai aktiviti berimpak tinggi dan sensasi telah menanti anda, antaranya:
✒️ Pertandingan Seni Khat – Serlahkan magis seni halus anda!
🤝 Click & Meet: Librarian with You – Sesi eksklusif bersama barisan pakar maklumat kita.
💻 PERMATA Tour – Eksplorasi digital sistem pengurusan PTAR.
📚 Pameran Penjilidan – Menelusuri seni pemeliharaan khazanah ilmu.
🎲 Board Games – Uji ketajaman minda dan leraikan tekanan secara santai!

🎁 BERITA BAIK: E-Merit turut disediakan kepada para peserta yang hadir!

Kehadiran anda adalah nadi utama kejayaan program ini, sekaligus bertindak sebagai pemangkin ke arah pembudayaan ekosistem pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom hadir beramai-ramai dan gegarkan PTAR KABS! 🔥📖

Program Jelajah Ilmu  melabuhkan tirai dengan jayanya 🥳🎉Program telah berlangsung dengan lancar di Foyer Alam Bina bermu...
10/06/2026

Program Jelajah Ilmu melabuhkan tirai dengan jayanya 🥳🎉

Program telah berlangsung dengan lancar di Foyer Alam Bina bermula 9.30 pagi hingga 4.00 petang dan setinggi penghargaan diutuskan kepada seluruh warga Fakulti Alam Bina dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka atas jalinan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Para pengunjung didedahkan dengan lebih menyeluruh dengan perkhidmatan disediakan oleh PTAR. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah PERMATA Tour, Pinjaman dan Pemulangan buku, Literasi Maklumat dan sebagainya.

🚀 Program Semarak Ilmu @ PTARUCS 2026 Melakar Kejayaan! 🚀Syukur ke hadrat Ilahi, penganjuran Program Semarak Ilmu @ PTAR...
10/06/2026

🚀 Program Semarak Ilmu @ PTARUCS 2026 Melakar Kejayaan! 🚀

Syukur ke hadrat Ilahi, penganjuran Program Semarak Ilmu @ PTARUCS 2026 yang berlangsung selama dua hari (9 & 10 Jun 2026) di PTAR Cawangan Selangor telah melakar satu lagi titik kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan diutuskan kepada seluruh barisan peserta dan pengunjung yang hadir memeriahkan ekosistem keilmuan ini. Komitmen jitu yang anda berikan sepanjang program berlangsung benar-benar melangkaui ekspektasi. Anda memang luar biasa! 🥳👍👍

Teruskan menyokong inisiatif kami dan kekal stay tuned bersama PTAR UiTM Cawangan Selangor! 💐🎊 Pelbagai platform transformasi ilmu dan aktiviti berimpak tinggi sedang dirangka khas untuk anda selepas ini.

Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang! ✌️🎉


Pejabat Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI), Fakulti Sains Maklumat (FSM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Raz...
10/06/2026

Pejabat Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI), Fakulti Sains Maklumat (FSM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Puncak Perdana telah menganjurkan Webinar Penyelidikan bertajuk “How to Publish Effectively in Emerald Journals” secara dalam talian melalui Google Meet. Webinar selama satu jam ini disertai oleh kakitangan akademik, pelajar pascasiswazah FSM serta warga UiTM.

Program menampilkan perkongsian oleh Mr. Elvin Cheah dari Emerald Publishing yang membincangkan panduan, tips dan strategi penerbitan artikel dalam jurnal antarabangsa berimpak tinggi. Sesi dikendalikan oleh Dr. Ahmad Nadzri Mohamad selaku moderator dan turut diserikan dengan sesi soal jawab yang aktif.

Webinar ini bertujuan meningkatkan kualiti penerbitan penyelidikan, memperkukuh kefahaman tentang standard penulisan jurnal antarabangsa serta menyokong usaha FSM meningkatkan penerbitan artikel berindeks Scopus dan WoS bagi tahun 2026. Penghargaan turut diberikan kepada penceramah, pihak PTAR, jawatankuasa penganjur dan para peserta atas kejayaan penganjuran program ini.

Warga UiTM Cawangan Selangor dijemput hadir memeriahkan hari kedua Program Semarak Ilmu 2026 yang berlangsung pada:10 Ju...
10/06/2026

Warga UiTM Cawangan Selangor dijemput hadir memeriahkan hari kedua Program Semarak Ilmu 2026 yang berlangsung pada:

10 Jun 2026 (Rabu)

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🔹 Pameran Memori UiTM
🔹 Pameran Kronologi Kepimpinan Ketua Pustakawan UiTM
🔹 Pertandingan Laungan Azan
🔹 SpeedRead Test
🔹 Reruai jualan dan keusahawanan

🎖️ E-Merit disediakan kepada peserta yang layak.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, mendapatkan maklumat terkini serta menyertai pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya ilmu!

COLLABORATIVE TEACHING PROGRAM: DIGITAL FORENSICS AND INTELLECTUAL PROPERTY (IP)Syabas diucapkan kepada Fakulti Sains Ma...
09/06/2026

COLLABORATIVE TEACHING PROGRAM: DIGITAL FORENSICS AND INTELLECTUAL PROPERTY (IP)

Syabas diucapkan kepada Fakulti Sains Maklumat (pelajar SI2634A) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana atas kejayaan menganjurkan Collaborative Teaching Program: Digital Forensics and Intellectual Property (IP)!

Program ini dianjurkan khusus untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang keselamatan digital dan impak hak harta intelek dalam landskap teknologi hari ini. Malah, para peserta bertuah kerana dapat menimba ilmu terus daripada Dr. Imam Yuadi, pakar dan pensyarah jemputan dari Universitas Airlangga.

Antara topik menarik yang dikupas adalah pengenalan kepada Digital Forensics (Forensik Digital), kepentingan Intellectual Property (IP), kesedaran Keselamatan & Etika Digital dan cabaran & Isu Semasa Dunia Teknologi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat besar kepada seluruh mahasiswa dalam mendepani cabaran dunia siber!

⚡CABARAN SPEEDREAD TEST ⚡Sejauh mana keupayaan anda membaca dan memahami maklumat dalam masa yang singkat?Sertai SpeedRe...
09/06/2026

⚡CABARAN SPEEDREAD TEST ⚡

Sejauh mana keupayaan anda membaca dan memahami maklumat dalam masa yang singkat?

Sertai SpeedRead Test 2026 dan uji tahap fokus, kelajuan membaca serta keupayaan minda anda memproses maklumat dengan pantas. Hanya 10 minit diperlukan untuk mengetahui potensi sebenar anda!

- 10 Jun 2026 (Rabu)
- 9.00 pagi – 4.00 petang
- Bilik IT, PTAR UiTM Kampus Puncak Alam

E-Merit Disediakan

Jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri, meningkatkan kemahiran membaca dan menguji kecekapan pemprosesan maklumat anda.

Alhamdulillah, Program Wacana Ilmu - Pengurusan Rekod: Tanggapan, Cabaran dan Solusi telah berjaya direalisasikan meneru...
09/06/2026

Alhamdulillah, Program Wacana Ilmu - Pengurusan Rekod: Tanggapan, Cabaran dan Solusi telah berjaya direalisasikan menerusi siaran langsung terus dari PTAR Kampus Puncak Alam pada hari ini, 9 Jun 2026.

Sekalung apresiasi dan setinggi-tinggi penghargaan diutuskan kepada barisan penggerak wacana intelektual ini:
🗣️ Penceramah Berkaliber: Profesor Madya Dr. Irwan Kamaruddin bin Abd Kadir (Pensyarah, Fakulti Sains Maklumat)
🎤 Moderator Dinamik: Saudara Muhammad Qais Haiqal Daniell bin Mohd Firdaus (Pelajar Latihan Industri, PTAR Kampus Puncak Alam)

Jutaan terima kasih turut didedikasikan kepada seluruh peserta yang sudi meluangkan masa dan memberikan komitmen jitu sepanjang sesi bersiaran. Kami optimis bahawa resolusi dan pencerahan yang dikongsikan berupaya mencetuskan anjakan paradigma, sekali gus memperkasakan tahap kesedaran terhadap tadbir urus rekod yang bersistematik.

Semoga cetusan ilmu ini menjadi pemangkin kepada amalan pengurusan rekod bertaraf profesional untuk kita terjemahkan dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.

📌 Terus kekal bersama kami untuk pelbagai inisiatif keilmuan berimpak tinggi yang bakal menyusul kelak!

Ayuh sama-sama memeriahkan lagi Program Semarak Ilmu  2026!Jangan lepaskan peluang anda. Pelbagai aktiviti yang berilmia...
09/06/2026

Ayuh sama-sama memeriahkan lagi Program Semarak Ilmu 2026!

Jangan lepaskan peluang anda. Pelbagai aktiviti yang berilmiah dan booth jualan menarik menanti anda di PTAR Kampus Puncak Alam. Jumpa anda di sini ✨🎊

Address

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:45
Tuesday 08:30 - 04:45
Wednesday 08:30 - 04:45
Thursday 08:30 - 04:45
Friday 08:30 - 04:45
Saturday 08:30 - 04:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTAR Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PTAR Cawangan Selangor:

Share